JellyPages.com

Wednesday, 25 December 2013

amalan dalam berwudhu

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG 


✾di sini suka ana nak kongsikan sedikit ilmu , semoga bermanfaat .. (◕‿-)


Ketika Ambil Wudhuk,  (◑‿◐)


NIATKANLAH dalam HATI...

 ❀ . Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

❀.  Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

❀ . Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

❀ . Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

❀.  Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

❀ . Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini "

❀ . Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

❀.  Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

SEBARKAN... (♥‿♥)  Sama-sama kita AMALKAN... (≧◡≦)


Wednesday, 9 October 2013

AKU MANUSIA PELUPA ~

Aku manusia pelupa
Aku bukan seorang ustazah
Aku bukan seorang hafizah
Aku bukan seorang ahli ibadah
Aku bukan seorang yang alim

Aku bukan seorang yang banyak ilmu agamanya
Aku hina dan pendosa

Aku cuma manusia biasa yang sentiasa ingin diingat.
Diingat pasal sikitnya ibadahku
Diingatkan keindahan syurga dan keazaban api neraka
Diingatkan pentingnya usaha dakwah
Diingatkan segala apa perintahan dan larangan Allah

Kerna itu ini medium yang boleh mengingatkan untuk aku audit amalanku sendiri.
iPhone ini selalu bersama dimana aku berada begitu juga iman di dada.
Jadi iPhone ini juga penasihat pada iman, dari segi applikasi dan juga wallpaper

Supaya aku sentiasa diingat dan beringat.
Terima kasih ya Allah kerna hidayah ini.

Sahabat lain juga boleh ikut cara saya ini jika sentiasa alpa dan lupa dengan amalan kita.
Sentiasa berulang dosa
Jadi dengan nasihat yang berulang, ianya tidak diulang.

Friday, 20 September 2013

Assobru Minal Iman


Kadangkala Allah hilangkan mentari dalam hidup kita   :)
kemudian Dia gantikan kita dengan guruh ,
kita pun menangis mencari mana mentari kita ,
rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI yang indah ;)
Indahnya hikmah bersabar



segalanya milik ALLAH jua ;)

ramai yg solat dhuha mgharapkan rezeki yg tidak terhingga , 
ramai yg terlupa bahawa dpt bersolat dhuha i2lah sebenarnya REZEKI yg tdak terhingga 
luaskan kefahaman tentang konsep rezeki